Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang positif keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, yang telah menandatangani perintah eksekutif untuk menarik Amerika Syarikat keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Langkah ini dilihat sebagai satu tindakan berani dalam mengutamakan kedaulatan negara.
Seperti yang diketahui umum, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada WHO, menyumbang kira-kira 18% daripada keseluruhan dana badan itu. Bajet WHO untuk tahun 2024-2025 dilaporkan berjumlah AS$6.8 bilion (RM27.2 bilion).
Tindakan Trump ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan beliau pernah mengambil langkah serupa pada tahun 2020 ketika penggal pertamanya sebagai Presiden.
Masa yang tepat untuk mengkaji semula atau mengubah Dasar Kesihatan Awam Negara.
1. Penilaian semula terhadap tumpuan kepada rawatan alopatik/Barat:
Pendekatan kesihatan yang berasaskan rawatan alopatik atau perubatan Barat (WHO), yang menentukan penyakit dan rawatan berdasarkan tanda-tanda penyakit melalui penggunaan dadah sintetik, antibiotik dan vaksin, perlu dikaji semula.
2. Pengalaman pandemik COVID-19 sebagai pengajaran:
Pandemik COVID-19 yang terbukti melibatkan elemen penipuan, penyelewengan, dan kecuaian perubatan memerlukan:
2.1. Penubuhan Jawatankuasa Bertindak dan Siasatan Khas Rakyat yang bebas dan berkecuali untuk menyiasat:
2.1.1. Penyalahgunaan kuasa, ketirisan, dan rasuah dalam penggunaan dana rakyat oleh KKM,
NPRA, serta semua agensi kesihatan Malaysia dengan kerjasama industri alopatik dan
farmasi.
2.1.2. Pelanggaran hak asasi rakyat di bawah Akta 342 dan pindaan kepada akta tersebut.
2.1.3. Penggunaan vaksin, sama ada melalui kaedah konvensional atau teknologi mRNA, dan lain-
lain.
3. Penghentian penggunaan vaksin serta-merta:
3.1. Penggunaan vaksin perlu diberhentikan serta-merta.
3.2. Mandatori vaksin di bawah Skim Perlindungan Sisa Perubatan (SSPA) perlu dibatalkan.
3.3. Semua kes kematian dan kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 mesti dinilai, dan
pampasan sewajarnya perlu diberikan.
3.4. Semua rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu menjalani ujian
imuniti, dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
4. Malaysia perlu keluar daripada keanggotaan WHO:
Seperti yang diputuskan oleh pentadbiran baharu Amerika Syarikat di bawah Donald Trump melalui Perintah Eksekutif, Malaysia juga wajar mempertimbangkan langkah untuk keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain itu, tindakan undang-undang melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa perlu diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Kami menyeru Kerajaan Malaysia menarik keanggotaan dalam WHO demi memastikan kedaulatan negara terjamin, terutama dalam dasar Kesihatan Negara yang lebih telus bebas daripada pengaruh luar.
Kami percaya Malaysia mampu mengorak langkah untuk membina sistem kesihatan kendiri yang lebih berdaya tahan dan bebas di masa hadapan.