Penggunaan bahan peluntur Benzoyl Peroxide (BP) dalam tepung adalah selamat jika ia mengikut had dibenarkan iaitu 50 miligram bagi setiap kilogram bagi mengeluarkan warna kuning dalam bahan makanan itu.
Pensyarah Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Roselina Karim berkata,tujuan penggunannya adalah untuk menghasilkan produk yang memberi tarikan kepada pengguna semata-mata dan tidak akan mengubah kualiti tepung sekiranya BP tidak digunakan dalam penghasilannya.
Katanya, terdapat dua bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan tepung iaitu BP dan ‘improver’ untuk meningkatkan lagi kualitinya.
” tidak menjadi isu sekiranya penggunaan mengikut akta makanan dan had yang dibenarkan juga dirujuk melalui Codex Alimentariuscom-Mission (CAC) iaitu badan antara bangsa yang ditubuhkan di bawah program bersama standard pemakanan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dan pertubuhan makanan dan pertanian sedunia (FAO).