KUALA LUMPUR 17 Jan. kerajaan PKR Selangor digesa menyelaraskan kempen bebas bag plastikbagi menjamin keberkesanannya dalam kalangan masyarakat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna keliru dengan pelaksanaan kempen tersebut, lebih-lebih lagi dicaj 20 sen jika ingan menggunakan beg plastik.
“polimik beg plastik sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu dan PPIM sendiri menerima pelbagai aduan tidak puas hati pengguna terhadap caj 20 sen yang dikenakan keatas penggunaan beg plastik.
“sehubungan itu, kerajaan selangor diminta menyelaraskan arahan atau proses kempen bebas beg plastik kepada masyarakat supaya pelaksanaan kempen tersebut tidak sia-sia” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini
bermula 1 Jan lalu, Hari tampa bag plastik yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu du Selangor dipanjangkan kepada setiap hari.
Dalam pada itu, Nadzim menjelaskan, pengguna akan terus menggunakan beg plastik ketika membeli pelbagai barangan biarpun caj dikenakan berikutan adanya permintaan dan kemudahan kepada mereka.