Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
VAKSIN COVID-19: PPIM KETUAI 56 NGO TUNTUTAN PENJELASAN KJ – SAMUDERA.MY – 17/11/2022
17 Nov 2022

KUALA LUMPUR, 17 November 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Nadzim Johan bersama 56 NGO menuntut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjawab isu-isu yang menghimpit dan menekan rakyat Malaysia dalam isu vaksin COVID-19.

Dalam satu surat terbuka yang dikeluarkan, Dato’ Nadzim Johan yang lebih dikenali sebagai Toqqi menyatakan bahawa, secara fakta, terlampau ramai rakyat yang telah menjadi mangsa terkesan dari suntikan vaksin COVID-19. Kesan ini bukan hanya kesan sampingan yang ringan tetapi kesan sampingan yang serius/teruk, termasuk kematian.

“Setelah program PICK berjalan, terbukti bahawa individu yang mendapat suntikan COVID-19 juga dijangkiti penyakit COVID-19. Kenyataan ini menunjukkan KKM telah sedia maklum bahawa rakyat Malaysia yang mendapat suntikan COVID-19 akan tetap mendapat jangkitan COVID-19. Ini menunjukkan satu penipuan oleh pihak pengeluar vaksin, KKM dan Kerajaan,” demikian antara kenyataan dalam surat terbuka tersebut.

Kata Toqqi lagi, baru-baru ini YB KJ telah menasihatkan warga tertentu untuk mengambil dos keempat. Terlihat seolah-olah di masa hadapan akan ada arahan untuk semua rakyat Malaysia mengambil dos seterusnya. Hakikatnya ialah mereka yang diberi vaksin terus dijangkiti COVID-19 dan akan mengalami kesan Adverse Events Following Immunization (AEFI) dan juga kematian.

Selain itu, surat terbuka itu turut menyentuh mengenai data vaksinasi dari Pfizer yang diarahkan keluar oleh Mahkamah Northern District of Texas Amerika Syarikat pada 22 Februari 2021.

“Laporan 3 bulan pertama Disember 2020 – Februari 2021. Seramai 46,000 yang telah lengkap divaksin, 42,000 mendapat kesan AEFI sementara 1,200 meninggal dunia (2.6%). Dalam laporan yang sama juga mendedahkan terdapat 1,291 penyakit berkaitan dengan vaksin Pfizer.”

“Walaupun laporan pendedahan ini telah dibuat pada 22hb Februari 2021 dan merupakan Public Domain yang boleh diakses oleh sesiapa, kenapa KKM Kerajaan Malaysia masih tidak menghentikan pengambilan vaksin,” soal Toqqi.

Berikutan itu, Toqqi menegaskan bahawa “YB bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat di atas penipuan dan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia memandang serius perkara ini dan memohon pihak YB memberi penjelasan segera.”

Artikel oleh: Samudera.my

VAKSIN COVID-19: PPIM KETUAI 56 NGO TUNTUTAN PENJELASAN KJ

https://www.samudera.my/vaksin-covid-19-ppim-ketuai-56-ngo-tuntutan-penjelasan-kj/