Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka perlu menyelidik dahulu latar belakang agensi berkenaan sebelum memohon pekerjaan tersebut.
KUALA LUMPUR 3 Mei – Persatuan Penggunaan Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran gaji lumayan yang ditawarkan oleh agensi pekerjaan menerusi media sosial
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka perlu menyelidik dahulu latar belakang agensi berkenaan sebelum memohon pekerjaan tersebut.
“Jika menerima satu tawaran perlu teliti dahulu syarat-syarat yang dikenakan terutama syarat-syarat pelik seperti meminta bayaran pendahuluan sebelum ditawarkan kerja.
“Sekiranya ada kekeliruan, boleh merujuk terus kepada Kementerian Sumber Manusia atau badan berkuasa yang lain supaya tidak menjadi mangsa penipuan, ” katanya dalam sidang akhbar membongkar penipuan “agensi pekerjaan perkapalan” palsu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/video-jangan-terpedaya-dengan-iklan-pekerjaan-di-media-sosial-1.476982#ixzz4g4LNJd3P
© Utusan Melayu (M) Bhd