7 JULAI : Kami telah menerima satu video yang dikongsikan melalui ‘Whatsapps Group’ daripada sumber yang tidak diketahui.
Video berdurasi 2:00 minit itu mendedahkan kewujudan dua buah premis judi di sekitar Sri Petaling yang beroperasi berhampiran dengan Balai Polis Sri Petaling.
Difahamkan, tidak saja di Sri Petaling, premis perjudian kini kembali beroperasi terutama di sekitar ibu kota.
Perkara sebegini tidak patut dibiarkan kerana ia menunjukkan persepsi yang tidak baik untuk pasukan PDRM di mana kelihatan seperti pihak berkuasa tidak ‘buat kerja’ dan ‘melindungi’ kegiatan perjudian online.
IMEJ DAN INTERGRITI PIHAK POLIS AKAN DIPERSOALKAN SEKALIGUS MEMBUATKAN MASYARAKAT MEMANDANG NEGATIF TERHADAP PIHAK PDRM.
[VIDEO] : DUA PREMIS JUDI HANYA 190 METER DARI BALAI POLIS SRI PETALING, MANA TINDAKAN PIHAK BERKUASA?
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Diharap video yang dikongsikan ini dapat dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang alpa dan tidak konsisten dalam usaha untuk menggempur kegiatan perjudian yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lalu.
Oleh itu, semua pihak (pihak berkuasa, PBT dan masyarakat) harus bekerjasama serta ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing supaya kewujudan premis judi online dapat dibanteras secara berterusan.