Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
WARTAKAN SEGERA KANTA LEKAP KOSMETIK – BERITA HARIAN – 20/10/17
20 Oct 2017

 

BH ( 20.10.17 ) kanta lekap

 

BH ( 20.10.17 ) kantaa lekap

 

Kuala Lumpur: Kerajaan didesak supaya segera mewartakan kanta lekap kosmetik di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan Akta Optik 1991, bagi menangani masalah lambakan produk berkenaan di pasaran. Gesaan itu dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, yang mahukan satu mekanisme atau undang-undang yang melindungi pengguna daripada membeli kanta lekap yang tidak diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Isu lambakan kanta lekap kosmetik yang dijual secara berleluasa di pasaran sememangnya mengundang fenomena membimbangkan kerana rata-rata produk itu tidak diketahui sumber mahupun tahap kebersihannya. “Justeru, kanta lekap kosmetik harus segera diwartakan supaya pengedar dan penjual produk berkenaan mematuhi piawaian.

Pada masa sama, hanya optometris dan juruoptik yang sah serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dibenarkan menjualnya,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan BH, semalam yang mendedahkan mengenai penjualan kanta lekap kosmetik yang dijual secara berleluasa di pasaran termasuk laman sosial. Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga harus memainkan peranan dengan melakukan pemantauan berkala di kawasan yang menjadi tumpuan peniaga.

“Jarang kita dengar mengenai serbuan kanta lekap kosmetik, malah tiada garis panduan dan kawal selia mengenainya. “Kami (PPIM) berharap, kedua-dua kementerian dapat bekerjasama dalam usaha mewartakan produk ini dan menyediakan garis panduan yang lebih jelas kepada semua pihak” katanya.