Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM mencadangkan satu jawatankuasa penyelaras diwujudkan bagi menilai semula caj yang didakwa tidak munasabah kepada pengguna termasuk caj pemotongan dan pemasangan semula bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor, SYABAS. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan SYABAS itu disifatkan tidak wajar dalam keadaan pengguna dihimpit masalah bekalan air sejak sekian lama.