Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
YBK SERAH SUMBANGAN KOTAK INFAK REZEKI PPIM DI BUKIT BERUNTUNG – YAYASAN BASMI KEMISKINAN – 07/08/2021
07 Aug 2021

BUKIT BERUNTUNG, 6 Ogos 2021 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui program YBK Prihatin telah menyampaikan Kotak Infaq Rezeki sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 50 keluarga terkesan di Apartmen Kenanga di sini.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada wakil-wakil keluarga yang hadir. Proses serahan dilaksanakan mengikut S.O.P. yang ketat dan dilaksanakan dengan pantas.

Beliau ketika ditemu ramah media selepas itu memaklumkan sepanjang PKP berlangsung, YBK melalui inisiatif ‘YBK Prihatin’ telah membantu lebih 5 ribu keluarga terkesan dan sejak awal Julai sehingga sekarang, YBK telah menerima hampir 2,000 permohonan untuk bantuan makanan asas akibat terkesan PKP.

Inisiatif ini akan tetap dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama rakan-rakan NGO yang lain. Dato’ Pengerusi YBK juga menyeru agar masyarakat sama-sama membantu YBK menjayakan laman amal ini dengan cara menyumbang dana atau pun barangan keperluan asas untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan 50 kotak di Bukit Beruntung ini adalah sebahagian daripada 150 kotak Infaq Rezeki yang akan diagihkan di kawasan Hulu Selangor sehingga hujung minggu ini.

Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), sukarelawan YBK dan rakan-rakan media.

Kepada yang ingin menyumbang untuk Program ini, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Yayasan Basmi Kemiskinan (5623 5711 1700). Semua dana yang diterima adalah 100% untuk penerima yang memerlukan.

“YBK Prihatin, Cakna, dan Peduli””Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan”
#YBKPrihatin#InfaqRezeki#JihadBasmiKelaparan

Artikel oleh: Yayasan Basmi Kemiskinan (Facebook)

YBK SERAH SUMBANGAN KOTAK INFAK REZEKI PPIM DI BUKIT BERUNTUNG

https://www.facebook.com/ybkmalaysia/posts/1684124205131887