Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
YUSUF AZMI KELUAR PPIM – SIDANG MEDIA – 27/3/18
28 Mar 2018

Kuala Lumpur 27 Mac – “Saya kadang-kadang pelik dengan masyarakat diluar sana, adakah berjuang ini perlu menjadi seorang malaikat yang paling baik,” soal Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim selepas pengumuman mengejut Yusuf Azmi meninggalkan PPIM yang dibuat petang ini.

29595390_1784001614985636_22337329046547644_n

Sidang media ini diadakan bagi menjawab seribu satu persoalan dan pertanyaan masyarakat pengguna dan masyarakat Malaysia berkaitan status sebenar Yusuf Azmi di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berlakunya beberapa insiden baru-baru ini.

29513046_1784001511652313_3484629891640898966_n

Yusuf Azmi dikenali dengan watak keberanian dan pemegang panji perjuangan PPIM merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM selama kurang lebih 8 tahun perkhidmatannya di dalam PPIM memilih haluannya sendiri selepas lebih 3 minggu mendiamkan diri.

29541264_1784001578318973_2826624897679191108_n

“Saya mohon maaf kepada semua yang bersama dengan PPIM, rakan-rakan perjuangan, sahabat-sahabat. Saya berharapkan kalau ada salah silap didalam persatuan, saya minta maaf.” ulas Yusuf lagi.

 

29542952_1784001534985644_6983054314048303440_n

Saudara Yusuf Azmi menjadi satu fenomena dalam kalangan belia kerana keberanian menentang Ah Long, gores dan menang, skim penipuan dan pelbagai kes kepenggunaan melalui laman sosial Facebook rasminya.

 

29595484_1784001504985647_1483931796325867893_n

29570682_1784001658318965_4375672042023934452_n 29542891_1784001701652294_6037620216958241721_nPucuk kepimpinan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yusuf Azmi yang telah sama-sama berjuang dalam PPIM selama 8 tahun sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.

Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas sumbangan dan pengorbanannya selama berkhidmat di dalam PPIM.