1009) 25/11/2013- MAJLIS DIALOG INSOLVENSI
28 Nov 2013
Sekretariat Bebas Muflis
(SBM) yang kini berusia hamper setahun dan bernaung dibawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia baru-baru ini telah dijemput untuk
menghadiri satu majlis dialog yang diadakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bertempat di
GaleriPustaka/Pustaka Negeri Sarawak pada 25hb November 2013.
Sempena majlis dialog
tersebut pihak SBM telah menghantar seramai 3 wakilnya yang terdiri dari Sdr Mohd
Mustaffa Hj Hamzah (Setiausaha SBM), Sdr Zubir Zainuddin (Ketua Sekretariat
SBM) dan Tn Hj Sheikh Kareem (Penyelaras Perundangan SBM) untuk turut serta didalam
majlis berkenaan.
Majlis dialog yang
julung-julung kalinya diadakan oleh MDI dengan para peserta yang terdiridari 26
wakil agensi-agensi kerajaan yang lain turut disertai oleh wakil dari Ambank
yang mewakili persatuan bank-bank perdagangan Malaysia.
Majlis tersebut dimulakan
dengan ucaptama oleh YB Hajjah Nancy Shukri selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Di dalam ucapan beliau yang begitu bersahaja beliau telah mengalu-alukan kehadiran
wakil dari Sekretariat bebas muflis (SBM) di mana menurut beliau semangat serta
kes ungguhan SBM ini patut menjadi contoh kepada badan-badan NGO lain dalam memastikan
aspirasi kerajaan tercapai, denyut nadi rakyat dirasai dan hubungan akrab diantara
MDI dan orang ramai terjalin demi kesejahteraan bersama. Dalam masa yang sama beliau
memperakui peri pentingnya peranan SBM dan mengiktiraf kewujudannya selaras dengan
kehendak YAB Perdana Menteri yang ingin peranan MDI diperkasakan dan sumbangan
NGO kearah itu diiktiraf. Beliau juga menggesa agar para peserta yang hadir dapat
menggunakan ruang dialog ini seluas-luasnya
untuk bertukar pendapat, mendapat maklumat serta mencadangkan sesuatu yang
konstruktif kearah menggubal akta kebangkrapan 1967 ke arah yang lebih adil dan
saksama serta memperkasakan peranan MDI secara keseluruhannya.
Majlis dialog dimulakan
dengan dipengerusikan oleh Pn Rohana Binti Abdul Malek ketua pengarah MDI
dengan nama singkatan PN KPI serta dibantu oleh 4 pegawai kanan beliau. Di mulai
dengan ucapan yang begitu bersahaja menyingkap fungsi-fungsi dan peranan MDI
dan hasrat beliau yang selari dengan Menterinya kenapa dialog ini diadakan menarik
perhatian para peserta khususnya wakil dari SBM.
Ketiga-tiga wakil dari
SBM telah diletakkan dibarisan paling hadapan dan setentang dengan Pn KPI serta
ahli panel yang lain telah dijemput oleh Pengerusi dialog PN KPI untuk menjadi pembentang
memorandum pertama. Di mana tugas ini telah diamanahkan kepada Tn Hj Kareem dan
telah dilaksanakan oleh beliau dengan jayanya. Pembentangan memorandum ini disulami
dengan beberapa pandangan bernas serta hujah yang begitu menarik dari Sdr Mohd Mustaffa
Setiausaha SBM dan Sdr Zubir Ketua Sekretariat SBM. Diantara pengisian
memorandum yang dibentangkan oleh wakil SBM yang berkisar tentang isu sistematik
dan polisi telah menjadikan suasana dialog ini begitu segar dan matlamat Pn KPI
untuk menjadikan MDI sebagai the real
caretaker untuk mereka yang dimufliskan hampirtercapai.
Majlis dialog ini juga diselang-selikan
dengan memorandum maupun teguran beberapa kelemahan kecil yang perlu diatas oleh
MDI dengan persefahaman yang lebih jitu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain
demi kesejahteraan rakyat.
Dia khirsessi Pn KPI
telah mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh SBM sebagai satu secretariat yang
proaktif dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang dimufliskansertasentiasa mengalu-alukan
sebarang bentuk kerjasama demi memastikan kepentingan kedua-dua pihak Antara siber hutang dan pemiutang terjaga. Beliau
juga berjanji akan memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak SBM serta bersedia
untuk bersama-sama dengan stakeholders yang lain serta SBM untuk menilai serta memperincikan
draf akta kebangkrapan 1967 dengan lebih rapi sebelum ianya dibawa untuk dibahas
diparlimen.
Majlis dialog diakhiri dengan ucapan penggulungan oleh
pengerusi dialog PN KPI jam 1 tengahari.
Post Views: 187