1118) MINGGUAN AHAD 19/1/2014 : AMAL LANGKAH JIMAT CERMAT
20 Jan 2014
Headline: ‘Amal langkah jimat cermat’
Publication: MA
Date of publication: Jan 19, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 024
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
menasihatkan masyarakat supaya mengamalkan langkah berjimat cermat bagi
menghadapi situasi harga barangan yang tidak menentu.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan
senario keadaan harga sekarang, belum pasti lagi ia turun kerana banyak faktor
memungkinkan perkara itu berlaku, antaranya kenaikan bahan api.
“Masyarakat disaran berbelanja mengikut kewangan yang
ada, bukan melebihi kemampuan.
“Kita juga boleh melakukan perbezaan harga antara pasar
raya dan pasar basah. Itu lebih baik memandangkan ia satu langkah penjimatan,
contohnya berbelanja di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M),” katanya dihubungi
semalam.
Menurut beliau, berkaitan harga barangan yang tidak stabil,
terutama hasil laut dan sayur kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seharusnya memantau perkara ini lebih
serius.
“Pihak berkenaan kena pantau daripada akar umbi seperti
harga ditawarkan pembekal. Harga tidak menentu itu kadangkala sengaja dikenakan
pembekal, sekali gus memberi kesan kepada peruncit.
“Ini yang mengakibatkan barang itu dijual dengan
mahal,” katanya.
Nadzim mengulas laporan akhbar ini semalam berkenaan dakwaan
peniaga yang menjangka barangan basah beransur pulih pada Mac depan selepas
mengalami peningkatan harga sejak beberapa bulan lalu.
Peniaga mendakwa sedemikian berdasarkan senario pengalaman
sebelum ini dan menyatakan ketidakstabilan harga berpunca daripada musim
tengkujuh yang melanda negara.
Post Views: 110