Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1119) BERITA HARIAN 18/1/2014 IBU TUNGGAL DAPAT RM2,800, HUTANG CETI HARAM RM22,000
20 Jan 2014

Headline: Ibu tunggal dapat RM2,800, hutang ceti haram
RM22,000
Publication: BH
Date of publication: Jan 18, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 020
Kuala Lumpur: Sudahlah ditinggalkan suami, seorang ibu tujuh
anak terpaksa pula menanggung hutang ceti haram mencecah RM22,000 selepas
mulanya hanya menerima RM2,800.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 37, dan menjual
minyak wangi secara kecil-kecilan untuk menyara hidupnya bersama anak, memohon
pinjaman RM5,800 daripada syarikat pemberi pinjaman, tetapi hanya menerima
RM2,800 selepas ditolak faedah dengan bayaran balik ditetapkan RM650 setiap
hari.
Gagal buat bayaran
Bagaimanapun, katanya, dia gagal membuat bayaran selama dua
hari, lalu dikenakan faedah RM500 dengan nilai keseluruhan perlu dibayar ketika
itu RM1,800, tetapi turut gagal dibayar sebelum ditawarkan pula pinjaman
daripada ceti haram lain bagi melunaskan hutang asal.
“Saya mengalami situasi sama dengan along kedua
sehingga terpaksa membuat pinjaman daripada dua lagi along dengan jumlah
keseluruhan hutang berjumlah RM22,000,” katanya ketika ditemui BH di sini,
semalam.
Buntu memikirkan masalah itu, Nur berkata, dia memohon
bantuan kewangan daripada Baitulmal Kuala Lumpur kerana menganggap dirinya
sebagai asnaf, namun mendapat maklum balas mengecewakan.
“Saya harap Baitulmal Kuala Lumpur dapat
mempertimbangkan semula permohonan itu kerana saya terpaksa menanggung tujuh
anak termasuk seorang kurang upaya secara bersendirian selepas ditinggalkan
suami beberapa bulan lalu,” katanya.
Jumlah faedah melampau
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya yang menerima aduan
mangsa, akan merujuk kes terbabit kepada Baitulmal selain berbincang dengan
syarikat pemberi pinjaman terbabit kerana jumlah faedah yang dikenakan dalam
sebulan dilihat melampau.

“Kami juga mencadangkan Baitulmal mewujudkan skim
menyelesaikan kes bebanan hutang dalam kategori asnaf berikutan kos sara hidup
yang tinggi kini. Kami percaya banyak kes seumpama ini kerana di PPIM sahaja,
kami menerima purata kira-kira 10 kes seperti ini sehari di seluruh
negara,” katanya.