Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
14 HARI UNTUK PARTI-PARTI POLITIK NYATAKAN PENDIRIAN – PPDM – BERITA 757 – 03/02/2022
03 Feb 2022

Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) menyerahkan memorandum kepada ketua ketua parti politik dalam usaha membantu 1.5 juta pemain industri itu yang berhadapan pelbagai masalah ketika ini.

Ketua Aktivis PPDM, Kamarudin Mohd Hussain berkata, memorandum itu juga dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk perhatian.

Menurut Kamarudin, memorandum itu antara lain bagi menggesa beberapa dasar berkaitan sektor pengangkutan dirombak agar tidak membebankan pemain industri itu yang antaranya terdiri daripada teksi, bas, lori dan e-hailing.

“Apa yg kami berjuang selama ini adalah untuk mengubah dasar supaya dasar yang dibuat kerajaan itu bukan sahaja memihak kepada syarikat, tetapi kami sebagai pemain industri,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan memorandum itu kepada wakil-wakil parti politik di Cyberjaya semalam.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Beliau berkata antara isu yang diutarakan adalah berkaitan ketidaksamarataan antara teksi dan e-hailing.

Isu lain adalah berkaitan lesen lori yang digantung kerana membawa muatan berlebihan yang sebenarnya didakwa atas arahan syarikat serta berkaitan penghapusan kelas-kelas lesen motosikal.

Parti yang menerima memorandum itu ialah Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia.

Kamarudin berkata, dalam memorandum itu, persatuan tersebut mencatatkan tuntutan bahawa sekiranya permintaan mereka dipenuhi sokongan akan diberikan kepada parti politik terbabit.

Pihaknya memberikan tempoh 14 hari kepada parti-parti berkenaan untuk menyatakan pendirian dan maklum balas mereka terhadap tuntutan tersebut.

#Berita757 #RakyatKeutamaanKami

Artikel oleh: Berita 757

14 HARI UNTUK PARTI-PARTI POLITIK NYATAKAN PENDIRIAN – PPDM

https://www.facebook.com/berita757/posts/270499325211616