1904) BAHAYA UBAT KAKI LIMA
16 May 2014
Hari ini, metro ada mengeluarkan satu berita mengenai ubat
yang dijual di kaki lima. Serbuan itu dilakukan oleh anggota Bahagian Penguat
Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di sekirat Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan
Pasar Seni.
Disini ingin menekankan tentang bahayanya ubat-ubat yang
dijual dikaki lima atau tempat yang tidak mempunyai lesen penjualan ubat.
Tips pertama untuk pengguna sebelum membeli ubat adalah
belilah ubat yang dijual oleh farmasi yang mempunyai lesen dari kerajaan.
Setiap ubat yang masuk ke malaysia hendaklah melalui ujian yang dilakukan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia(KKM). Bukan sebarangan ubat yang boleh dilepaskan kerana
ubat adalah satu bahan yang sangat bahaya. Ia perlu diuji tengan teliti. Ubat
yang masuk ke Negara tanpa ujikaji kemungkinan boleh memudaratkan atau mungkin
boleh meragut nyawa.
Bukan sekadar ubat sahaja yang perlu kita berhati-hati.
Produk supplement juga perlu diambil berat. Produk-produk ini lah yang paling
bahaya kerana kebanyakan produk ini dibawa masuk ke Malaysia dalam kuantiti
yang sedikit dan susah untuk kerajaan mengesan perkembangannya. Produk-produk
ini dijual secara online dan ada yang menjual secara langsung ke pelanggan.
Pengguna haruslah memastikan produk-produk ini mempunyai lesen yang disahkan
oleh KKM.
Bagi wanita pula, mereka mengutamakan kecantikan,
ketrampilan diri dan sebagainya. Wanita sanggup menghabiskan ratusan ringgit
hanya untuk kelihatan muda dan cantik. Ada sesetengah wanita membeli produk-produk
kecantikan yang tidak tahu dari mana asal usulnya dan ada sesetengahnya mahal.
Harga bukan masalah yang nak dinyatakan disini namun kesahihan produk itu yang
menjadi perbincangan disini. Wanita hendaklah memeriksa dahulu sijil atau lesen
yang dikeluarkan dari kerajaan sebelum membeli atau mengguna produk tersebut.
Selain nombor pendaftaran produk, pengguna boleh memastikan
ketulenan produk dengan melihat pada hologram Meditag pada label di luar kotak
produk. Hologram Meditag adalah pelekat bersinar berwarna perak yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan.
Bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan label hologram Meditag pada
kotak ubat, KKM membekalkan sejenis peranti dinamakan dekoder Meditag dan
alat ini dibekalkan kepada semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan
Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri.
KKM menitikberatkan keselamatan pengguna. Jika ada pertanyaan atau kemusykilan
berkaitan pendaftaran ubat, produk kesihatan, dan kosmetik pengguna, anda
boleh menghubungi pegawai Helpdesk BPFK di talian 037883 5560 atau 037883 5561.
Waktu panggilan dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Post Views: 167