Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2029) UTUSAN MALAYSIA 27/06/2014 – Bertindak segera kawal penjualan arak
01 Jul 2014

KUALA LUMPUR 27 Jun – Kerajaan digesa mengambil tindakan segera mengawal penjualan minuman keras yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya percaya penjualan minuman keras tanpa kawalan merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah terutama membabitkan generasi muda.
“Pihak kami menerima banyak aduan berhubung perkara ini. Penjualan minuman keras di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan dijual tanpa kawalan serta pemantauan oleh pihak berwajib.
“Perkara ini perlu dibendung segera kerana mengundang kepada kegiatan jenayah seperti rogol, pecah rumah dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Apa yang lebih membimbangkan kata Nadzim, minuman keras kini amat mudah diperoleh kerana turut dijual di kedai serbaneka, kedai runcit dan sebagainya.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu melakukan pemantauan secara serius berikutan tiada had umur ditetapkan kepada pembeli.
“Jika rokok mempunyai had umur penjualannya, minuman keras pula sebaliknya.
“Kanak-kanak bebas untuk membeli minuman keras di kedai serbaneka atau kedai runcit kerana tiada peraturan larangan pembelian dikuatkuasakan. Hal ini akan memberi kesan buruk kepada generasi muda negara kita,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_26/Bertindak-segera-kawal-penjualan-arak#ixzz36BCJfnwc
© Utusan Melayu (M) Bhd