? Siapa yang selalu menyalahgunakan maklumat atau hak peribadi pengguna?
SALEHA, ARAU
! Jika dilihat secara kasar, kebanyakan peniaga dan agensi menyalahgunakan data ini. Sebagai contoh, nombor telefon pelanggan hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh diberi kepada organisasi luar. Hanya syarikat telekomunikasi itu yang boleh menggunakan data itu.
Selain itu, sesetengah peniaga, terutama yang menjual pakaian, memasang kamera litar tertutup pada bilik persalinan. Alasan diberi adalah khuatir pelanggan mencuri baju dijual. Perkara ini sangat bahaya kerana video dirakam boleh disebar dan disalah guna oleh mereka yang berkepentingan.
* Kemusykilan pengguna bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan