Keganasan terhadap palestin
semakin hari semakin menjadi-jadi. Pembunuhan secara terang
terangan dengan tanpa rasa perikemanusiaan dipertayangkan dimata dunia. Namun
apa yang kita mampu buat untuk menghalang gejala seperti ini berlaku?
Terdapat pelbagai cara yang mampu
kita buat sebenarnya. Bukan hanya dengan mengangkat senapang sahaja. Perang utama
adalah perang ekonomi. Dengan memboikot produk-produk Israel, kita mampu
menjatuhkan negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.
Setiap keuntungan yang diperolehi,
mereka akan menyalurkannya ke bahagian ketenteraan. Duit itu kemudiannya akan
digunakan untuk membeli peluru, bom dan sebagainya yang akan digunakan untuk
menzahirkan kezaliman mereka. Peluru itu jugalah digunakan untuk membunuh
rakyat palestin yang beragama islam. Jika dikira, berapa banyakah keuntungan
mereka perolehi sehinggakan mampu untuk membeli senjata?
Ramai manusia berpendapat bahawa
kita tidak boleh lari daripada membeli barangan keluaran Israel. Pada sesiapa
yang berfikiran kuno seperti ini hendaklah mengubah cara pemikiran mereka. Terdapat
banyak produk yang boleh menggantikan produk keluaran Israel ini. Produk
keluaran negara kita sendiri pun sudah mampu menandingi produk mereka. Cuma kita
sebagai rakyat Malaysia hendaklah menyokong produk kita sendiri dan memberi
ruang untuk mereka menonjolkan potensi produk mereka sendiri.
Cara untuk melihat produk ini
keluaran Israel atau tidak adalah melalui barcode yang tertera di produk
tersebut. Setiap barcode yang bermula dengan 729 adalah produk keluaran Israel.
Dengan itu, marilah kita membeli barang yang barcodenya bukan bermula dengan
729.