Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2161) RAKYAT MARHAEN 20/10/2014 – Semua Pendatang: Kumpulan Melayu Mahu Perwakilan Gerakan Dipecat
21 Oct 2014

Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai “pendatang” kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim – Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

“PEMBELA menegaskan bahawa umat Islam di negara ini adalah umat berdaulat dan Islam dilindungi olih Perlembagaan Persekutuan.

“Kini kedaulatan mereka di gugat oleh anasir jahat dari sekumpulan bukan Islam yang berniat untuk memecahbelahkan rakyat,” kata
Timbalan Pengerusi  PEMBELA dan ISMA, Aminuddin Yahaya dan Exco Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mahmud Hishamuddin dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai ‘pendatang’, kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia.

Sumber : http://www.wargamarhaen.blogspot.in/2014/10/semua-pendatang-kumpulan-melayu-mahu.html