Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Nadzim berkata kenapa akta itu belum dipinda walaupun kerajaan sudah menjanjikan perkara itu empat tahun lalu.
“Jabatan Insolvensi Malaysia harus mengemaskini perkara yang ingin diubah kerana berkaitan dengan kehidupan seharian penghutang,” katanya yang mahu bertemu sendiri dengan ketua pengarah jabatan itu bagi membincangkannya.
Berdasarkan akta, seseorang itu diisytihar muflis jika menanggung hutang minimum RM30, 000 dan tidak mampu membayarnya.
Selepas diisytihar bankrap, mereka secara automatik disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan dilarang ke luar negara.