Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2590) KOSMO – 29/2/16 – PENGUSAHA KELIRU LARANGAN JAKIM
29 Feb 2016

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya berpendapat penguatkuasaan larangan tersebut sejak 15 Februari lalu dilihat bersifat terburu-buru dan menimbulkan pelbagai persoalan.

“Jakim sepatutnya mengkaji dengan lebih mendalam dahulu mengenai peraturan tersebut sebelum pekeliling larangan tersebut dikuatkuasakan.

“Kami menerima banyak aduan daripada pengusaha mengenai isu ini kerana timbul banyak persoalan yang tidak jelas, jadi bagaimana pengusaha dan syarikat hendak mematuhi peraturan tersebut?” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha kelmarin mengenai larangan menggunakan terma ayat ruqyah dan makanan sunah yang digunakan oleh pengusaha produk sebagai pelan pemasaran mereka kerana dikhuatiri menyebabkan pengguna tertipu dengan keberkesanannya.