361)[sim] ARTIKEL : Yakjuj & Makjuj dah lama wujud
05 Aug 2011
Maafkan saya tuan moderator dan juga tuan syed serta sahabat sekelian
Pada pendapat saya Artikel ini adalah satu artikel yang mempromosikan keganasan, syak wasangka, api permusuhan, peperangan serta memberi alasan dengan kebodohan dan kelemahan umat Islam sendiri terhadap segala masaalah yang telah timbul dikalangan umat Islam dengan menyalahkan orang lain (agama lain iaitu kristian dan yahudi)
Musuh utama umat Islam yang telah merosakkan umat Islam itu adalah diri diri umat Islam itu sendiri, terutamanya yang paling banyak merusakkan umat Islam itu adalah diri diri yang mengaku Ulamak padahal ia bukan ulamak….
Dajjal yang sebenar ialah ketua IBlis JANTAN yang enggan sujud kepada Allah semasa diperintahkan untuk berbuat demikian demi katanya untuk menjadi bukti ketaatan didalam suruhan Allah agar tidak sujud kepada selain Allah, seolah olah ingin menyalahkan Allah kerana menyuruh sujud kepada manusia iaitu Adam, PADAHAL sesungguhnya Allah itu maha tahu lagi maha berkuasa atas tiap sesuatu.
Kesalahan? IBlis itu telah telah Allah balas dengan mengizinkan dan memberikanya kuasa untuk menyesatkan manusia sehinggalaha kehari kiamat. Ini bermakna sehingga kesaat ini Iblis itu (Dajjal) sentiasa menunggu nunggu bila kah saatnya untuk berlakunya kiamat itu. Dikala akan berlakunya kiamat itu maka akan bangkit lah si IBlis Dajjal itu dalam bentuk gergasi yang KEBAL yang tidak akan dapat dimusnahkan oleh
apa senjata sekali pun, lalu ia akan memijak mijak dan menghancurkan segalanya yang ada diatas dunia ini sesuka hati dan semahu mahunya sehingga hancur leburlah segalanya yang ada diatas muka bumi ini dan selepas itu barulah ditiupkan oleh malaikat angin Sangkakala yang akan menghancurkan seluruh alam ini beserta dengan segala isinya dan bermula lah KIAMAT.
YakJUT dan makjut itu adalah manusia yang telah tewas menurut hawa nafsu yang dibisikkan oleh iblis, syaitan, jin, dan juga manusia itu sendiri. Cuba lah saudara saudari semua perhatikan dunia ini, berapa ramaikah yang saudara2 semua boleh lihat dan pasti bahwa ia adalah seorang tidak dapat dikalahkan oleh nafsu Iblis?ciri ciri Iblis dan syaitan laknat ini adalah sifat 2 utamanya menyeru kepada permusuhan, pergaduhan,peperangan , pembunuhan, penipuan, tamak haloba, cinta dunia,sombong, bongkak, jahil,bangga diri, takabbur, dan berbagai bagai lagi sifat yang tercela (kebanyakkan dari sifat2 ini banyak didapati pada orang2 yang suka minum arak dan judi pada zaman jahiliah dulu kerana itulah Allah telah melarang minum Arak dan Judi)
ARTIKEL saudara syed ini menyeru untuk memerangi Yakjut DAN Makjut serta Dajjal tetapi semua itu sebenarnya adalah untuk memerangi hawa nafsu MANUSIA sendiri. Allah telah menerangkan didalam Alquran bahawa Syaitan/iblis adalah musuh umat islam yang utama, terang dan nyata dan dikatakan oleh Allah juga bahawa segala syaitan/iblis itu tidak akan dapat mengalahkan orang2 yang mempunyai HATI atau nafsu yang IKHLAS. yang zuhud, yang khauf, yang merendah diri, yang selalu ingatkan mati, dan berbagai bagai lagi sifat yang telah diajarkan didalam alQuran dan telah menjadi cara hidup para Nabi sebelum ini yang kemudian dipanggil dari segi pelajaran Akhlak agama yang dinamakan TASAWWUF tetapi kemudiannya selalu dimomokkan oleh ulamak juga kononnya ajaran sesat kerana membuang dunia??
Apakah Ulamak2 sunnah Wal Jamaah mahu terus menerus menyalahkan kaum yahudi dan Nasrani didalam melepaskan diri mereka terhadap segala tuduhan sebagai punca yang telah menyebabbkan telah terjadinya segala kejahilan, kemaksiatan dan kemungkaran yang sedang berlaku dan yang telah menguasai dunia ini, padahal ulamak yang tidak membuang sifat2 tercela didalam diri mereka itu lah sebenarnya yang telah menjadi musuh umat Islam, sehinggakan para ulamak yang hibbun duniya ini telah tidak mendapat petunjuk Allah didalam menangani segala masaalah ummat bahkan telah mengeluarkan pula hukum 2 yang bertentangan dari kehendak dan kefahaman quran itu sendiri kerana diri2 mereka itu telah dikalahkan oleh syitan/iblis yang disebabkan sifat mereka sendiri yang tidak berusaha untuk membersehkan diri mereka dari segala hawa nafsu dan kehendak serta kepentingan diri sendiri selain dari beribadat kepada Allah semata2 (ikhlas).
Ingatlah sebelum kalian cuba hendak menyerang orang lain (yahudi n kristian) apakah kalian telah benar2 BENAR? jika tidak lupakanlah saja kerana Allah telah berjanji hanya kebenaran sahaja yang akan berjaya akhirnya.. dan jangan pula nanti TERKEJUT apabila dibangkitkan oleh Allah dihari kiamat nanti sebagai orang2 yang mati dari kalangan YAKJUT dan MAKJUT dibawah bendera Dajjal (IBlis)
Sekian wassalam
Post Views: 399