631) AKTIVITI-Jemputan Untuk Mengembalikan Hak dan Maruah
12 Oct 2012
Jemputan Untuk Mengembalikan Hak dan Maruah
Telah terlalu ramai pengguna
dinafikan atau ditipu kerana kejahilan dan juga kelicikan para peniaga tidak
beretika. Dalam kebanyakan keadaan, pengguna bukan lagi pengguna tetapi diperguna.
Sehubungan dengan itu, jika kita merasakan kita pernah ;
• Dinafikan hak sebagai umat Islam;
• Dinafikan hak sebagai pengguna;
• Dinafikan hak sebagai warganegara Malaysia;
• Dianiayai oleh sesiapa atau mana-mana
agensi, GLC, Bank-bank ;
Atau kita dizalimi dalam kehidupan
kita dan ingin memperolehi maklumat yang boleh mengelakkan kita daripada terus tertipu atau kita adalah
mangsa mana-mana institusi kewangan atau mana-mana syarikat (telco, perubatan, makanan dll).
Jika kita memerlukan rujukan
supaya tidak mudah tertipu atau kita mangsa yang menjamin atau diambil tindakan
undang-undang/ dibankrapkan tanpa diberikan peluang yang adil atau sebab yang
munasabah, sila hadirkan diri ke
Forum Pengguna 2012.
Kami juga ingin menjemput
wakil-wakil daripada organisasi Y Bhg Tan Sri Dato’ Sri bagi menambahkan ilmu
dan maklumat penggunaan yang amat penting.
ATURCARA MAJLIS
Hari Pertama : Sabtu,
13 Oktober 2012
Sesi 1
8:00 – 9:00 Pagi : Pendaftaran Para
Peserta
9:00 – 9:30 Pagi : Persembahan
Video – “Perjuangan PPIM”
9:30 – 11:00 Pagi : Segmen Pertama :- GLC
“Gagalkah GLC Dan Agensi Perlaksana Membantu /
Memajukan Ekonomi Bumiputera?”
Sipnosis:-
Realiti / peranan GLC dalam membangunkan ekonomi Bumiputera dan
sejauh mana aktiviti mereka memberi kesan berganda kepada ekonomi Pengguna
Islam. GLC dan agensi sering dikatakan TIDAK memudahkan proses melaksana yang
biasanya meletakan berbagai syarat dan memakan masa terlalu lama memproses
permohonan. Benarkah?
11:00 – 12:00 Pagi : Sesi
Soal Jawab.
12:00 – 2:00 Petang : Rehat
Sesi 2
2:00 – 2:30 Petang : Persembahan
Video – “Perjuangan PPIM”
2:30 – 4:00 Petang : Segmen Kedua
:- Perbankan Islam
“Perbankan Islam Hanya Pada Nama?”
Sipnosis:-
Berbagai
aduan berkaitan “kezaliman” perbankan Islam diterima oleh PPIM.
Benarkah? Topik ini membincangkan realiti pelaksanaan Perbankan Islam dari
sudut hukum. Sejauh mana ia menepati prinsip syariah terutama dalam kes Rumah
Terbengkalai atau di manakah letaknya “konsep meringankan dan memudahkan
orang berhutang?” Adakah unsur-unsur menekan berluasa?
4:30 - 5:00 Petang : Sesi
Soal Jawab
5:00 Petang : Bersurai
Hari Kedua : Ahad, 14
Oktober 2012
Sesi 3
8:00 – 9:00 Pagi : Pendaftaran
Para Peserta
9:00 – 9:30 Pagi : Persembahan
Video – “Perjuangan PPIM”
9:30 – 11:00 Pagi
: Segmen Ketiga :- Hutang
“Hutang Untuk Hidup, Hidup Untuk Hutang?”
Sipnosis:-
Masalah
kad kredit, pinjaman ah long, gores dan menang, kebankrapan dll. Budaya
berhutang menular dalam hidup Pengguna Islam. Kelihatan dari buaian ke liang
lahad masyarakat kita berhutang yang membuatkan kita “miskin”,
sementara pula “kemiskinan membawa kepada kekufuran”. Kegagalan ini menjadikan
kita dibelenggu dan berhadapan dengan berbagai masalah masyarakat yang
membuatkan kita hilang pedoman dan arah.
Marilah kita keluar daripada masalah.
11:00 – 12:00 Pagi : Sesi
Soal Jawab
12:00 – 2:00 Petang : Rehat
Sesi 4
2:00 – 2:30 Petang : Persembahan
Video – “Perjuangan PPIM”
2:30 – 4:30 Petang : Segmen
Keempat :- Keberkatan Hidup
“Adakah Kaitan Antara Makanan Halal, Mencari Keberkatan Dan
Keruntuhan Akhlak Dalam Masyarakat Kita Hari Ini?”
Sipnosis:-
Mengupas tentang
sifat dan sikap alpa pengguna Islam yang membawa kepada keruntuhan akhlak dari
sudut makanan, hiburan, pemakaian dan kelakuan yang natijahnya membawa kepada
pembuangan bayi seperti membuang sampah.
4:30 – 5:00 Petang : Sesi
Soal Jawab
5:00
Petang : Bersurai
Post Views: 242