Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
715) BERITA : `Aku cari, bunuh kau’
13 Apr 2013

Byline
/ Author: Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Kuala
Lumpur: “Kau tak bayar hari ini, aku akan datang cari kau di pejabat dan
bunuh kau.” Itu antara panggilan telefon berbaur ugutan dibuat seorang
lelaki dipercayai dari sebuah syarikat pinjaman wang berlesen untuk menggertak
seorang wanita agar membayar hutang pinjamannya, kelmarin.
Wanita
berusia 37 tahun itu berkata, panggilan itu diterimanya pada jam 3.30 petang.
Mangsa
yang bekerja di sebuah bank, di sini, mendakwa lelaki terbabit sering datang ke
pejabatnya dan membuat kecoh menyebabkan mangsa malu dengan rakan sepejabat.
“Selain
membuat kecoh di pejabat, lelaki itu juga sering menghantar SMS (khidmat
pesanan ringkas) atau menelefon saya dan mengarahkan saya melangsaikan hutang.
“Bukan
itu saja, saya pernah dipukul di kaki kiri dengan cota oleh dua lelaki dari
syarikat sama hingga menyebabkan kecederaan serius dan terpaksa menggunakan
tongkat sejak Julai tahun lalu,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat
Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) selepas membuat laporan polis dengan ditemani
Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Saharudin
Bakar, semalam.
Katanya,
dia sudah membayar sebanyak RM16,000 kepada syarikat berkenaan sedangkan dia
hanya meminjam RM10,000 sejak Julai tahun lalu.
Wanita
terbabit adalah antara lapan mangsa mendakwa dianiaya syarikat kewangan
berlesen yang datang membuat laporan di IPKKL selepas syarikat kewangan itu
masih meminta wang walaupun bayaran yang dibuat setiap bulan sudah melebihi
jumlah pinjaman.
Saharudin
berkata, laporan dibuat mangsa itu adalah yang kedua kepada polis selepas
membuat laporan sama di Balai Polis Setapak, 22 Februari lalu.
“Saya
berharap polis menjalankan siasatan ke atas laporan ini dan mengambil tindakan
tegas ke atas syarikat terbabit,” katanya.