Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
805) BERITA UTUSAN MALAYSIA 4/7/13:Wujudkan mekanisme kawal harga rumah
10 Jul 2013

KUALA LUMPUR 3 Julai
– Kerajaan perlu segera mewujudkan mekanisme khusus bagi mengawal harga rumah
di pasaran ketika ini yang melambung tinggi sehingga menyebabkan rakyat
terutamanya yang berpendapat rendah dan sederhana gagal memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata,
mekanisme itu harus mengambil kira semua aspek supaya tidak terus membebankan
rakyat serta merugikan pemaju perumahan.
“Kita tidak boleh salahkan pemaju kerana dalam isu
meletakkan harga rumah di pasaran, mereka mengambil kira segala kos dan faktor
seperti tanah, lokasi dan permintaan yang semakin meningkat.
“Jadi saya harap kerajaan dapat wujudkan satu mekanisme
bagi mengawal harga rumah ini kepada tahap yang munasabah kerana semua pihak
berhak untuk memiliki rumah sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini.
Utusan Malaysia hari
ini melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebanyak
1.9 juta isi rumah di negara ini masih belum memiliki rumah sendiri berikutan
harga yang terlampau tinggi.
Menurutnya, daripada
6.3 juta jumlah isi rumah di seluruh negara, sebanyak 4.4 juta keluarga telah
memiliki rumah sendiri, 1.6 juta masih menyewa serta baki 300,000 mendiami
rumah setinggan dan menumpang rumah pusaka.
Sementara itu,
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak, Shamsul Baharin Putra
Ahmad Shibi berkata, harga bahan mentah dan tanah yang semakin meningkat
menjadi punca utama mengapa harga rumah semakin mahal.
Katanya, bagi
mengelakkan perkara tersebut berlarutan, kerajaan wajar bekerjasama dengan
pemaju perumahan dalam membina lebih banyak rumah pada harga yang berpatutan.
“Usahasama kerajaan dan swasta dilihat mampu mengatasi
masalah yang berlaku kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
“Kerajaan boleh mengeluarkan subsidi dan pemaju pula
menggunakan kepakaran serta modal untuk hasilkan rumah yang sepadan dengan
purata gaji rakyat Malaysia,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130704/dn_20/Wujudkan-mekanisme-kawal-harga-rumah#ixzz2YcJhCbSK

© Utusan Melayu (M)
Bhd