” JIKA TERIMA ANCAMAN, BUAT ADUAN KE PPIM ”
Unit Banteras Ceti Haram. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil membantu masyarakat keluar daripada dibelenggu masalah hutang dengan ah long atau ceti.
PPIM memberitahu, mangsa yang menerima ancaman perlu datang ke pejabatnya di 70x, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen pinjaman dan bukti untuk siasatan lanjut.
Selain itu, pembayaran balik pinjaman dilakukan menerusi akaun bank yang ditentukan unit tersebut.Katanya. pengadu tidak dibenarkan membuat sendiri pembayaran atau melalui sebarang akaun lain,selain yang telah ditetapkan unit tersebut.
Juru akaun yang ditugaskan akan memantau kesemua aktiviti pembayaran balik yang dibuat pengadu kepada ah long atau ceti, manakala semua pegawai tidak dibenarkan memegang wang.