Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Cadang jawatankuasa tangani along – Metro Online – 20/4/2017
20 Apr 2017

Kuala Lumpur: Satu jawatankuasa khas peringkat nasional perlu diwujudkan bagi menangani kegiatan along secara menyeluruh.

 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan adanya jawatankuasa, ia dapat mengatasi kelemahan sedia ada sekaligus menjadi jalan keluar kepada isu sejak sekian lama itu.

Katanya, sebelum ini tiada satu undang-undang jelas mengenai ceti haram menyebabkan kegiatan itu semakin berkembang dan seakan-akan tidak dapat dikawal.

“Cadangan dan syor penyelesaian ini sudah kita kemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini untuk tindakan Kementerian Dalam Negeri.

“PPIM juga akan menyerahkan semua maklumat mengenai along yang kita ada kepada polis untuk tindakan susulan. Kita juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membendung aktiviti along. Orang ramai yang ingin menyaluran maklumat boleh menghubungi sekretariat di 019-3591000,” katanya pada sidang media, hari ini.