Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Kaji, selidik jenama mengelirukan – Metro Online – 31/5/2017
31 May 2017

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memulakan kajian dan penyelidikan ke atas kewujudan puluhan produk yang menggunakan jenama mengelirukan pengguna di negara ini.

Ketua Aktivisnya Datuk Nazim Johan berkata, ia susulan pelbagai aduan daripada pengguna yang keliru dengan jenama melambangkan Islam tanpa mengetahui siapa pengeluar sebenar.

Katanya, lambang seperti masjid, songkok dan penggunaan huruf jawi pada produk bertujuan menarik minat pembeli khususnya orang Islam.

“Apa yang dipamerkan pada produk melambangkan Islam, tetapi ada produk dikeluarkan syarikat bukan Islam pun.

“Bukan soal rasis di sini, tetapi jangan sampai masyarakat keliru. Kalau nak beli, teruskan, tak ada masalah, tetapi di PPIM, kita terima banyak aduan berkaitan jenama berkenaan,” katanya pada sidang media hari ini.
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/233525/kaji-selidik-jenama-mengelirukan-metrotv