“Penguatkuasaan kita lemah, sebab semua orang ambil kesempatan. Sehinggakan ah long pun kenakan GST.
“Ini kes yang saya dapat kerana ada pengadu yang tampil berikan maklumat ini kepada PPIM, bayangkan peminjam itu berkata, dia dikenakan seminggu 20 persen cukai, sebulan sudah 80 persen ditambah enam peratus GST,” katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Oleh itu, Nadzim berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah semua pihak harus berganding bahu bagi memastikan beban ekonomi terutamanya beban terhadap rakyat dapat diringankan.
“Ini semua kita kena lihat secara serius, ahli politik buat kerja tak bersungguh-sungguh, benda ini perlu seiringan gaji memang rendah oleh itu semua pihak perlu berganding bahu membuat perubahan ini,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ah-long-pun-kenakan-gst-1.474086