Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM LANCAR BOIKOT PRODUK BERKAITAN ISRAEL – HARIAN METRO – 18/05/2021
19 May 2021

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini sebagai tindak balas kepada serangan zionis di Gaza dengan melancarkan boikot terhadap produk berkaitan Israel.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, seruan mengenai usaha itu akan dibuat besar-besaran di seluruh negara membabitkan beberapa produk utama.

Menurutnya, ia akan diadakan secara berterusan selama enam bulan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai perlunya peranan dimainkan segera dalam isu itu.

“Mari kita sebarkan mesej bahawa kita mampu melakukannya. Walaupun ada yang memandang sinis usaha ini, kita harus sedar saudara kita di Gaza terus dibantai.

“Sebelum ini, zionis selesa kerana produk mereka diterima masyarakat dunia termasuk di negara Islam. Kali ini, kita akan usahakan sesuatu.

“Sudah lama PPIM menyeru usaha boikot ini, tetapi tidak mengapa, saya kira sekurang-kurangnya kita tidak berdiam diri dan duduk saja,” katanya ketika simbolik boikot produk Israel di sini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Ali Maju Sdn Bhd Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Sementara itu, Jawahar Ali yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata, pihaknya terpanggil untuk bersama-sama PPIM bersolidariti dalam isu pembantaian umat Islam di Palestin.

Menurutnya, Presma menggerakkan usaha berkenaan di lebih 10,000 restoran ahlinya di seluruh negara.

“Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu. Saya percaya, jika kita buat sesuatu di jalan Allah, maka urusan kita juga dipermudahkan,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM LANCAR BOIKOT PRODUK BERKAITAN ISRAEL

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/707408/ppim-lancar-boikot-produk-berkaitan-israel