Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM MAHU KERJASAMA KUKUH BERSAMA MEDIA – WACANAKINI – 31/04/2022
01 Apr 2022

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan rakan media ibarat aur dengan tebing. Tolong menolong dan saling membantu sekeliling.

Usaha itu diterjemah apabila PPIM sering mendedahkan pelbagai kesedaran mengenai hak dan peranan pengguna khususnya umat Islam negara ini melalui peranan media.

Ini terbukti sejak penubuhan PPIM pada 14 Jun 1997, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjalinkan kerjasama erat dengan media dengan lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media memaparkan isu berkaitan PPIM.

Program PPIM yang mendapat liputan pihak media antaranya agihan bekalan makanan Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot Coca￾Cola, Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa program perbincangan isu semasa di televisyen.

Malah dengan sokongan rakan media juga, PPIM adalah NGO pertama berupaya menjalankan aktiviti mencegah dan menyelesaikan masalah berkaitan ceti haram atau AhLong dan menjadi saluran suara yang membawa perubahan lanskap kepenggunaan Muslim.

Ia sekaligus membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.

Justeru, PPIM mahu mengajak rakan media supaya terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan rakan media disamping dapat memberi nilai tambah kepada segala usaha kerajaan yang baik dalam mentadbir urus negara.

PPIM bersama puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa di Restoran Anis Putri Pantai Dalam di sini

PPIM ingin mengajak rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan kerjasama ini agar lebih banyak usaha dan isu dapat diketengahkan demi kebaikan untuk rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata apa jua cabaran yang melanda, PPIM akan terus berjuang mempertahankan maruah pengguna Muslim dan melindungi mereka daripada perkara syubhah dan haram seperti riba, penggunaan servis atau barangan yang diragui.

Katanya, segala kejayaan yang dicapai hari ini tidak datang dengan mudah tanpa cabaran dan akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan pada masa depan.

“Walaupun hanya seramai 120 orang petugas sepenuh masa di PPIM, persatuan ini mendapat sokongan dan kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah semakin meningkat setiap hari.

“Kita sudah tidak ada masa untuk leka dan harus sentiasa peka dengan situasi masa kini.

“Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita,” katanya.

Beliau berkata, anak muda harus melupakan keseronokan yang melalaikan dan menggunakan tenaga yang ada bagi memperjuangkan hak pengguna Islam dan melindungi negara dari apa jua yang bakal
tiba.

“Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya,” katanya.

Artikel oleh: Wacanakini

PPIM MAHU KERJASAMA KUKUH BERSAMA MEDIA

https://www.wacanakini.com/2022/03/ppim-mahu-kerjasama-kukuh-bersama-media/