MySejahtera: KJ Patut Letak Jawatan – PPIM
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa aplikasi MySejahtera masih perlu digunakan orang ramai.
Beliau turut menegaskan bahawa tidak timbul isu penjualan aplikasi itu kepada pihak swasta dan sehingga kini, kerajaan belum meluluskan atau membuat sebarang pembayaran kepada pengendali aplikasi berkenaan.
Namun, daftar masuk MySejahtera mencatat penurunan yang ketara baru-baru ini berikutan rata-rata rakyat Malaysia bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka terdedah sekiranya terus menggunakan aplikasi tersebut.
Susulan itu, Sumberkini menghubungi Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagi mendapatkan komen beliau berhubung isu berkenaan.
Wartawan: Diyana Rahip // Visual Editor: Tawfik Ismail
#MySejahtera #PPIM #KhairyJamaluddin
Sumber: sumbertv
MYSEJAHTERA: KJ PATUT LETAK JAWATAN – PPIM