Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROGRAM INFAQ REZEKI RAMADAN BERSAMA MYDIN – KENYATAAN MEDIA PPIM – 27/04/2022
28 Apr 2022

Kuala Lumpur – Setelah dua tahun tidak dapat menyambut bersama keluarga dan sanak saudara, sambutan Aidilfitri tahun ini nyata lebih meriah.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak ketinggalan memeriahkan persiapan Aidilfitri tahun ini bersama anak yatim dan pelajar tahfiz.

Memilih gudang membeli belah yang menawarkan harga paling baik dan barangan berkualiti, PPIM telah membawa 50 orang anak yatim dan pelajar tahfiz ke Pusat Membeli Belah Mydin Mall di Subang Jaya. Dana sumbangaan ini dikumpulkan melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata program ini berjaya diadakan hasil kerjasama di antara PPIM dan rakan sinergi iaitu MYDIN, Zain’s International, ICON Production, sumbangan.com, Yayasan Malindo Worldwide, Royal Burger, Uniti Asia Group, Halgel dan para penginfaq yang sangat dermawan.

“InsyaAllah kerjasama ini membawa impak yang sangat positif dan tentunya akan dapat membantu juga meyantuni lebih ramai golongan sasar yang memerlukan,” katanya.

Nadzim turut menasihati pengguna agar berhati-hati ketika berbelanja dan memilih peniaga yang bertanggungjawab serta jujur.

“Banyak scam penjualan berleluasa masa kini, pengguna harus lebih bijak dan jangan terpedaya dengan penipuan mereka,” katanya.

Nadzim dan seluruh warga PPIM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MYDIN Holdings Berhad kerana sudi bersama-sama dan memberikan harga yang sangat berpatutan dan murah disamping penyediaan ruang program secara percuma. Turut hadir ke program hari ini ialah Pengarah Operasi Mydin Holdings, Vishnu Varthana.