Lebih sebulan berlakunya kekejaman Israel yang berterusan di Palestin dan sekatan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga menyebabkan bantuan terkandas di sempadan Mesir.
Sehubungan itu, telah berlangsung satu sidang media secara langsung (LIVE) “Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza” yang dianjurkan oleh Humanity Movement bersama YABhg Tun Dr Mahathir dan gabungan NGO yang terdiri daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muslim Care serta beberapa NGO yang lain.