Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | HENTI SCAM: PPIM & NFCC PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK – PPIM – 28/04/2026
29 Apr 2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan pertemuan bersama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang dipimpin oleh Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah scam dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Fokus utama termasuk kempen anti-scam berterusan, literasi kewangan & keselamatan digital, serta tindakan segera terhadap scam melibatkan telco (panggilan, SMS & pautan palsu). PPIM turut berperanan sebagai rakan strategik dalam memperluas advokasi di peringkat akar umbi.

🤝 Kedua-dua pihak bersetuju membangunkan pelan tindakan bersama dengan penekanan kepada pendidikan, kesedaran dan penglibatan komuniti.

📢 Orang ramai diseru agar sentiasa berwaspada, jangan mudah percaya, dan semak dahulu sebelum bertindak.

HentiScam #CelikKewangan #PPIM #NFCC #LindungiDiri #KesedaranPengguna