2873) #ForumPengguna2015: TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DISAHKAN HADIR BERSOAL JAWAB ISU #GST – @MOFMalaysia
06 Oct 2015
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mula menganjurkan Forum Pengguna sejak empat tahun lalu, dan ia juga turut dijadikan sebagai program tahunan dengan harapan dapat dijadikan titik pertemuan masalah-masalah yang dihadapi pengguna di seluruh Malaysia.
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Antara isu yang dilihat berjaya membuka mata agensi berkaitan serta menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna melalui Forum Pengguna yang dianjurkan sebelum ini antaranya adalah Ceti Haram (Ah Long), premis perjudian haram, sindiket Awang Hitam Black Money, dan penipuan Gores & Menang.
Selain itu, forum ini dijadikan platform yang digerakkan PPIM untuk pengguna bagi menyuarakan pandangan mereka sekaligus menjadi agen pendesak kepada pihak berwajib, di mana PPIM merupakan badan yang bertindak sebagai NGO pelaksana.
Hasil kejayaan tersebut, program ini diteruskan untuk edisi yang ke-5 pula, di mana buat julung kalinya PPIM bekerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) serta Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk penganjuran ‘Forum Pengguna V 2015′.
Forum yang akan diadakan pada:
TARIKH: 17 & 18 Oktober 2015
TEMPAT: Dewan Razakian, Aras 2, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.
Sebanyak TIGA TOPIK UTAMA berkaitan pengguna (isu-isu semasa & terkini) akan diketengahkan sekaligus dibincankan pada forum kali ini, iaitu:
- Impak penyalahgunaan media sosial
- Cukai GST (Perlu penambahbaikan atau tidak?)
- Isu sentimen perkauman dikalangan rakyat Malaysia.
Antara panel yang telah mengesahkan kehadiran adalah:
- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani
- Ketua Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamudin Yaacub
Yang menariknya adalah, hasil perbincangan melalui forum kali ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen melalui Bernama TV (saluran 502).
Kemeriahan luar biasa dirasai kerana setakat ini sudah hampir 200 pengguna telah mendaftarkan diri sebagai peserta untuk mengikuti forum selama dua hari berturut-turut ini,
Bagi majlis penutupan f”Forum Pengguna V 2015′, ianya akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.
Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Seketeriat Forum di talian;
03 – 404700414/019 – 9130000.
Untuk maklumat terkini di media sosial mengenai ‘Forum Pengguna V 2015’ pula, layari:
FACEBOOK: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
TWITTER: @PPIM4U
BLOG: http://ppim4u.blogspot.com
WEBSITE: www.ppim.org.my
Post Views: 153