Menjadi viral di laman Facebook sejak 9 September lalu beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita bernama Sharifah Norzainah Achopa di mana beliau melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan sebuah pusat membeli belah terkenal.
Gambar yang dimuatnaik oleh beliau dikatakan telah diambil di sebuah pusat membeli belah terkenal di Semenyih, selangor di mana ia menunjukkan makanan “Non-Halal” dan makanan halal disusun sekali satu rak.
Berdasarkan gambar bahagian atas rak diletakan makanan tidak halal iaitu daging khinzir dalam tin dan bawahnya pula adalah rendang ayam dalam tin.
Tindakan ini katanya amatlah tidak bertanggungjawab kerana tidak menjaga sensitiviti pelanggan dan umat Islam di negara ini.
Selain itu cara susun barang lain juga dipersoalkan apabila gambar menunjukkan botol air menaturalkan klorin yang digunakan tehadap air untuk membela ikan disusun di sebelah air minuman.
Bagaimana jika ada kanak-kanak yang masih tidak mahu membaca silap memilih air minuman dan meminum air klorin berkenaan.
Jika benar seperti apa yang disebarkan di laman sosial ini pihak bertanggungjawab haruslah menjawab masalah ini serta perlu mengambil perhatian serius mengenai hal mencampurkan susunan makanan “Non-Halal” dengan makannan halal.
Perkara ini melibatkan sensetiviti agama dan kita hidup di Malaysia dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama, jadi perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. – Sumber