2838) TAMPIL SEKSI: TASHA SHILLA DITEGUR OLEH USTAZ #PPIM
14 Sep 2015
Baru-baru ini pelakon Tasha Shilla mencetuskan kontroversi dengan penampilan baju ‘tak cukup’ kain ketika menghadiri satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Fesyennya yang mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya itu menarik perhatian salah seorang pakar agama untuk menegur perbuatan Tasha Shilla itu.
Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, selain perlu mengikut garis panduan pemakaian mengikut Islam.
Apatah lagi cara pemakaian sebegitu juga secara tidak langsung menyumbang dosa kepada mereka yang melihatnya.
“Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.
“Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.
Malah Tuan Asmawi mahu pihak-pihak agama mengambil perhatian serius terhadap fesyen artis agar tidak meniru fesyen artis-artis barat.
“Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.
“Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure,” tegurnya. – Sumber
Post Views: 185