Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN PILIHAN : PERAYAAN THAIPUSAM DAN HAK PENGGUNA ISLAM
19 Jan 2011

 From: S———– A–  <s???????????@yahoo.com>
Date: 2011/1/15
Subject: perayaan thaipusam dan hak pengguna islam
To: aduanppim@gmail.com


Perayaan Thaipusam datang lagi.  Tapi kenapa bertumpu di Batu Caves?  Carilah stadium atau kawasan-kawasan luar bandar yang jauh dari kawasan taman-taman perumahan.  Amatlah malang bagi penduduk di Taman Koperasi Polis Taman Batu Caves, Medan Batu Caves yang mengalami kessukaran untuk keluar rumah menjalani kehidupan harian.  Ke sekolah, ke pejabat, malah ke pasar borong apalagi hendak ke masjid Amaaniah yang jaraknya beberapa meter saja dari pusat perayaan di kuil batu caves.  Bukankah pelanggaran hak asasi pengguna telah berlaku pada penduduk-penduduk di sana apabila perhimpunaan besar dibenarkan?.  Saya sendiri pernah mengalami perjalanan ke UIA yang amat sukar beberapa hari menjelang perayaan thaipusam 

Jika dikaji sejarah dari negara asaal hindu sendiri tidak terdapat sebarang perhimpunan ratusan ribu manusia untuk tujuan merayakan thaipusam.  Kenapa perkara ini berlaku di India?  di Batu Caves yang majoriti penduduknya beragama Islam.  Perarakan patung dewa hindu memang telah  menyinggung perasaan orang Islam ditambah pula dengan kesukaran mereka menjalani kehidupan seharian.  Jangan pula satu hari nanti ada pemimpin hindu yang mengatakan dewa ravana pernah bertapa di batu caves, lantas pembesaran kuil boleh dilakukan sewenang-wenang hatta dengan meruntuhkan masjid amaniah, sebagaimana penganut hindu di India meruntuhkan masjid babri. 

Jika peguam bukan Islam berani membantah azan dilaungkan dari masjid, maka siapakaah gerangan peguam Islam yang berani membantah perhimpunan mega thaipusam di batu caves?  Apakah kesukaran dari suara azan yang dilaungkan lima kali sehari untuk tempoh beberapa minit berbanding kesukaran perjalanan dan pengangkutan ketika perayaan thaipusam?