Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AEFI DAN KEMATIAN DI PENJARA KAJANG – KENYATAAN MEDIA PPIM – 04/01/2022
04 Jan 2022

Berkaitan dengan perkara ini, PPIM ingin mengucapkan tahniah dan merakamkan pernghargaan yang ikhlas kepada TKP Mohd Andri Haji Md Ridzwan, Timbalan Ketua Pengarah Kajang, yang telah melakukan perkara yang sewajarnya berhubung dengan kesihatan dan kebajikan penghuni penjara di bawah jagaannya.

Menurut suratnya PRIDE.JKAJ/AM/70/3/7(19) bertarikh 30 November 2021, yang telah viral di media sosial, TKP Mohd Andri telah mengutus surat kepada Pegawai Kesihatan Daerah menyatakan keprihatinannya terhadap 4,185 tahanan penjara di bawah jagaannya yang telah diberikan suntikan vaksin.

Perkara ini telah dilaporkan di dalam surat ini ialah pada bulan September dan Oktober 2021, daripada 4,185 tahanan di Penjara Kajang, sejumlah 18 kes AEFI (Adverse Effects Following Immunization) telah direkodkan tidak berapa lama selepas diberikan vaksin. Daripada 18 kes itu, terdapat 2 kematian. 18 kes AEFI ini mewakili 0.0043% daripada jumlah penghuni di Kajang.

PPIM amat prihatin dengan fenomena ini memandangkan penjara adalah sebuah persekitaran yang tertutup yang mempunyai interaksi yang minimal dengan pihak luar.

Kami menggesa pemberian vaksin untuk tahanan penjara ini dikaji semula; mungkin memberikannya atas keperluan sahaja. Misalnya, vaksin hanya diberikan kepada mereka yang bakal dibebaskan. SEMUA tahanan yang masih ditahan di penjara, yang tidak mempunyai apa-apa interaksi dengan pihak luar tidak perlu divaksin. Ini amat membimbangkan sebab kesan-kesan vaksinasi ini kelihatan memberikan lebih mudarat daripada manfaat.

Dalam hal ini, kami ingin memberikan penghargaan kepada TKP Mohd Andri yang telah menulis surat kepada Pegawai Kesihatan Daerah untuk menimbangkan semula pemberian dos ketiga kepada semua tahanan.

Daripada 4,185 tahanan yang divaksinkan di Penjara Kajang,

  • 2 meninggal dunia
  • 3 mengalami gejala berkaitan jantung
  • 4 kes strok, Bell’s Palsy, lemah anggota dan kecederaan saraf
  • 3 kes abses berjarak, bermakna abses yang timbul tidak pada titik yang divaksin tetapi di tempat lain, 2 daripadanya memerlukan pembedahan.
  • 6 kes jangkitan paru-paru.
  • Jumlah keseluruhan penghuni penjara seluruh Malaysia setakat 25 Ogos 2021 ialah 69,507.
    https://www.prisonerstudies.org/country/malaysia
    Jumlah penghuni penjara (termasuk tahan/tahanan reman 69,507 pada 25.8.2021 (Timbalan Menteri Dalam Negeri

Jika seluruh tahanan diberikan vaksin dan sekiranya peratusan sama sebanyak 0.0043% itu digunakan sebagai kayu pengukur, kita mungkin akan menyaksikan kadar korban sebanyak 299 tahanan. Ini adalah satu angka yang amat besar dan kami ingin mengajukan kepada Kerajaan beberapa soalan berikut:

  1. Apakah tindak balas terhadap surat yang kami nyatakan di atas sejak ianya diviralkan?
    a. Adakah semua 4,185 tahanan di Kajang telah diberikan dos penggalak?
    b. Kalau telah diberikan apakah jumlah baru kes AEFI?
  2. Berapakah jumlah tahanan penjara seluruh Malaysia yang telah diberikan vaksin?
    a. Dos pertama
    b. Dos kedua
    c. Dos penggalak
  3. Berapa ramai yang mengalami AEFI?
    a. Jumlah korban
    b. Kesan advers
  4. Adakah ujian patologi terperinci dijalankan untuk semua kes kematian? Dan adakah ahli keluarga yang mati diberikan maklumat yang benar?

Adakah semua “KEBENARAN TERMAKLUM” atau “INFORMED CONSENT” dipatuhi untuk semua tahanan?

Kami ingin memajukan perkara ini kepada semua 69,507 keluarga tahanan sekarang (sejak 25 Oktober 2021) dan mereka yang telah dimasukkan ke dalam penjara seluruh negara sejak tarikh berkenaan.

Hanya mereka sahaja yang mempunyai akses dan boleh berkomunikasi dengan yang tersayang yang terus ditahan. Kami memohon agar anda semua agar lebih prihatin dan sentiasa peka terhadap kematian mengejut di kalangan yang tersayang, terutama mereka yang telah divaksin. Tanyalah kepada mereka bila berkesempatan. Rekod semua butiran vaksinasi dan ketahuilah hak-hak anda. Anda boleh memohon untuk mendapatkan laporan patologi setelah bedah siasat dilakukan dan sijil kematian dikeluarkan.

Ingat, pihak berkuasa Penjara dan para kakitangan kesihatan berkaitan dimandatkan untuk memberi anda laporan-laporan ini.

PPIM mempunyai pasukan pakar bidang (subject matter experts) yang sentiasa bersedia dan mengkaji laporan patologi ini dan menasihati anda mengenai sebab kematian yang sebenarnya. Peka dengan hak anda dan banduan juga adalah manusia dan berhak untuk mendapatkan ikhsan dan layanan yang baik, seperti manusia lain.

PPIM sentiasa bersedia untuk membantu anda, tiada lain yang harus ditakuti melainkan Yang Maha Perkasa.

Pendedahan melalui surat Penjara Kajang ini, PPIM ingin merakamkan keprihatinan yang sama kepada semua barisan hadapan yang lain mengenai vaksinasi dan penggalak yang dipaksakan.

Kami dengan ini dengan tegas menyatakan bahawa pihak Kerajaan bertanggungjawab dalam mendedahkan takrifan sebenar ungkapan “KEBENARAN TERMAKLUM” atau “INFORMED CONSENT”.