Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan perjumpaan bersama Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Perjumpaan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang membincangkan hal usahawan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).
Turut serta, Pengasas Malakat Mall Coach Mohd. Fadzil Hashim.