KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan masalah dihadapi rakyat ketika ini.
Pertemuan bersama PPIM, Datuk Nadzim Johan itu dikongsikan Anwar menerusi akaun Twitternya.
“Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan atau nama popular panggilan Toqqi hadir bertemu, untuk meminta pandangan berhubung masalah bebanan rakyat saat ini.
“InshaAllah, pihak saya akan bersama-sama dengan PPIM untuk kerjasama yang baik demi rakyat,” katanya.
Perkongsian Ahli Parlimen Port Dickson itu menerima 3,000 tanda suka, lebih 330 komen dan dikongsi ratusan pelayar media sosial setakat dimuatnaik sejam lalu.
Menjengah di ruangan komen, pengikutnya menyambut baik pertemuan di antara kedua-dua pemimpin itu dan menganggap kedua-dua mereka sebagai berjiwa rakyat.
Pada masa sama, mereka diharap mampu mencari solusi untuk membantu mengurangkan pelbagai bebanan rakyat, terutama kesan pandemik COVID-19 dan banjir teruk dialami kini.
“Banyak isu sekarang ini Datuk Seri (Anwar), mohon Datuk Seri perjuangkan isu rakyat, antaranya kos sara hidup mendadak naik, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tumpuan lebih kepada golongan B50 dan M40,” kata seorang pelayar Msab AB.
“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan PPIM dapat duduk semeja bagi membawa masalah rakyat yang terkesan ke pihak kerajaan. Usaha dan kerja keras DSAI dan PPIM akan rakyat sanjung,” tulis Mohd Azlan Ahmad.
“Terbaik, alhamdulillah DSAI pemimpin contoh. Semangat luar biasa, tidak henti bantu rakyat. Respek!,” kata Nur Syawana Bte Murad.
“Satu jalinan dan muafakat yang baik demi menyelesaikan masalah rakyat Malaysia kini. Terbaik DSAI,” komen pula Monika Mmj Maimon.
“Semoga DSAI dapat memperjuangan nasib golongan yang tertindas dan didiskriminasi pihak tertentu,” kata seorang lagi pelayar.
Artikel oleh: Getaran
ANWAR – PPIM KERJASAMA DEMI ATASI BEBAN RAKYAT
https://www.getaran.my/artikel/semasa/16808/anwar-ppim-kerjasama-demi-atasi-beban-rakyat