KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama untuk menangani masalah rakyat yang terbeban dengan pelbagai kesusahan ketika ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan perkara itu telah dibincangkan beliau bersama Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan.
“Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan atau nama popular panggilan Toqqi hadir bertemu minta pandangan berhubung masalah bebanan rakyat saat ini.
“Insya-Allah, pihak saya akan bersama-sama dengan PPIM untuk kerjasama yang baik demi rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Artikel oleh: Malaysia Post
ANWAR, PPIM KERJASAMA TANGANI BEBAN RAKYAT
https://malaysiapost.com.my/2021/12/27/anwar-ppim-kerjasama-tangani-beban-rakyat/