Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
APA GUNA AKADEMIK CEMERLANG TAPI TIADA NILAI DIRI?!
23 Jan 2020


Amalan sunat yang dikatakan menjadi beban kepada pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor mendapat perhatian PPIM apabila keluhan dari kalangan ibu bapa menegaskan bahawa mereka tidak menghantar anak bagi mendapatkan pendidikan ‘tahfiz’ di sekolah terbabit.

Sememangnya ramai pelajar yang berjaya dalam kehidupan sekular, namun ada sesetengah mereka meninggalkan nilai moral kerana dianggap tidak penting. Persoalannnya, dari manakah nilai moral itu datang? Bukankah ianya dari ajaran agama Islam?

“Saya tidak melihat amalan yang dilakukan di sekolah terbabit menjadi satu halangan kepada pelajar mereka untuk terus maju ke hadapan. Selain itu, mungkin amalan ini tidak diamalkan di semua sekolah MRSM. Adakah ibu bapa ini boleh membuktikan prestasi anak mereka merundum mendadak berpunca daripada amalan ini?” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, ibu bapa tidak seharusnya melabelkan proses ini sebagai perkara negatif kerana amalan ini juga merupakan kaedah bagi memperkasakan jati diri pelajar. Sebaliknya mereka harus beringat bahawa guru yang ditetapkan di sekolah tersebut juga mencari solusi yang terbaik dalam menghasilkan pelajar yang luar biasa.

PPIM menyarankan ibu bapa agar mencari kaedah untuk sedar diri dan bukan hanya lihat dari prestasi akademik anak mereka sahaja. Selain itu, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) juga tidak perlu menggesa MARA untuk membasmi pengaruh agama di sekolah. Hal ini kerana mereka boleh mendaftarkan anak mereka ke sekolah lain supaya dapat memberi peluang kepada pelajar lain yang ingin menuntut di MRSM.