Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BELI DAN KIRIM TERUS BARANGAN SEDEKAH KEPADA PENERIMA DI RAUDHAH GROCER – MALAKAT TRIBUNE – 24/04/2020
25 Apr 2020

CYBERJAYA – Pasar raya Raudhah Grocer yang menghimpunkan produk-produk keluaran Muslim dan bumiputera kini menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bersedekah dengan penghantaran terus kepada penerima.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa perlu mengharungi kesesakan lalu lintas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai tetap boleh bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, Raudhah Grocer yang beroperasi di pusat beli-belah Malakat Mall kini menawarkan tiga jenis perkhidmatan utama iaitu berbelanja sebagai pengguna, berbelanja untuk sedekah dan menjadi sebahagian daripada pemilik Malakat Mall melalui pembelian saham koperasi.

“Peluang yang selalunya ramai terlepas pandang adalah sedekah. Sekarang kami menyediakan khidmat penghantaran barang-barang di tujuh kawasan iaitu Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Dengkil, Serdang, Bangi dan Kajang.

“Katakan anda ada kenal si fulan bin si fulan di Kajang dan mahu sedekahkan barang makanan kepada mereka pada bulan Ramadan ini, tempah sahaja secara ‘online’ dan beritahu andanak barang itu dihantar kepada sekian-sekian alamat. Buat pembayaran, selesai,” katanya kepada Malakat Tribune.

Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, walaupun pergerakkan orang ramai terhad ekoran PKP, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam berhenti bersedekah terutamamya sepanjang bulan Ramadan.

“Ada hikmahnya Covid-19 ini datang pada bulan Ramadan. Kita dapat lipat-gandakan amal kebaikan melalui ibadah dan moga Allah menerimanya. Orang perseorangan, surau dan masjid boleh menggunakan servis ini untuk menderma,” katanya.

Katanya, selain berbelanja dan bersedekah di laman www.RaudhahGrocer.com, orang ramai juga digalakkan menjadi ahli KoPPIM dan membeli saham koperasi berkenaan untuk memperksakan sistem ekonomi Islam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon berkata, khidmat penghantaran percuma disediakan kepada pelanggan atau penerima yang membuat pembelian melebihi RM50 dengan tempoh penghantaran maksimum 48 jam selepas pembelian.

Istighfar berkata, Raudhah Grocer yang mula beroperasi pada 13 Mac lalu kini menawarkan kira-kira 3,000 produk yang sebahagiannya boleh dibeli secara dalam talian. – MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

BELI DAN KIRIM TERUS BARANGAN SEDEKAH KEPADA PENERIMA DI RAUDHAH GROCER

http://www.malakattribunenews.com/ekonomi/usahawan/11493/