Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CAP SOKONG WUJUD PERATURAN KAWAL SELIA KANDUNGAN VAPE – BERITA HARIAN – 27/02/2024
28 Feb 2024

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sedia bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi merealisasikan cadangan pengenalan peraturan kawal selia vape di negara ini.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, CAP turut menggesa kerajaan supaya mengawal dengan lebih ketat promosi dan penjualan alat vape dan cecair vape dengan segera.

“Tanpa pemantauan dan pelaksanaan undang-undang yang lemah, cecair vape boleh dibeli dengan mudah sama ada dari kedai atau dalam talian.

“Sepanjang tahun ini, CAP terima sebanyak tujuh rayuan dan aduan daripada ibu bapa berhubung penggunaan rokok dan vape dalam kalangan anak mereka, jadi ia perlu dipandang serius.

“Justeru, CAP menyokong segala kebaikan bagi mengekang penggunaan vape dan rokok,” katanya, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, wujud keperluan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal selia kandungan vape demi kepentingan bersama dan ia harus dimulakan segera.

Katanya, menjadi amalan sejak dulu lagi, setiap perkara yang dilakukan perlu mempunyai garis panduan khusus agar tidak mendatangkan masalah kepada masyarakat.

Katanya, seperti mana perkara lain, vape tidak terkecuali daripada peraturan negara dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan kawalan yang terbaik ke atas produk alternatif menggantikan rokok.

Artikel oleh: Berita Harian

CAP SOKONG WUJUD PERATURAN KAWAL SELIA KANDUNGAN VAPE

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1217379/cap-sokong-wujud-peraturan-kawal-selia-kandungan-vape