Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CAP SOKONG CADANGAN PERKENAL PERATURAN KAWAL SELIA VAPE – HARIAN METRO – 27/02/2024
29 Feb 2024

Goergetown: Cadangan pengenalan peraturan kawal selia vape di negara ini terus mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terbaharu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatakan sokongan sama selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), baru-baru ini.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan PPIM bagi merealisasikan hasrat berkenaan dan ia perlu dilaksana segera.

“CAP menyokong kenyataan itu dan sedia bekerjasama dengan semua pihak berkenaan bagi memperkenalkan peraturan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Subbarow juga menggesa kerajaan supaya mengawal dengan lebih ketat aktiviti promosi dan penjualan vape dan cecairnya kerana tanpa kawalan, produk itu bersepah di pasaran sekali gus memperlihatkan undang-undang lemah.

“Jika kanak-kanak sekolah boleh mempunyai akses kepada peranti vape, ini menunjukkan bahawa Rang Undang-undang (RUU) itu tidak berkesan.

“Sepanjang tahun ini, CAP terima tujuh aduan ibu bapa berhubung penggunaan rokok dan vape dalam kalangan anak mereka, jadi ia perlu dipandang serius,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilapor berkata, wujud keperluan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal selia kandungan vape demi kepentingan bersama dan ia harus dimulakan segera.

Gesaan itu susulan desakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan selepas tidak ada sebarang peraturan yang dikenakan bagi kawalan bahan yang terkandung dalam peranti elektronik vape.

Wan Saiful berkata, Menteri Kesihatan mempunyai kuasa untuk memperkenalkan peraturan kandungan vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Artikel oleh: Harian Metro

CAP SOKONG CADANGAN PERKENAL PERATURAN KAWAL SELIA VAPE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1064866/cap-sokong-cadangan-perkenal-peraturan-kawal-selia-vape