Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CIMB DAN BNM HARUS BERTANGGUNGJAWAB – BERITA 757 – 06/02/2022
10 Feb 2022

Pelanggan CIMB Bank Berhad (CIMB) yang akaun mereka dibekukan oleh bank berkenaan berharap pihak berkuasa serta kerajaan membantu menyelesaikan isu itu.

Semalam, kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) untuk menjadi orang tengah dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kira-kira 11 ribu pelanggan yang terjejas.

Memorandum yang ditandatangi kira-kira 3,000 individu yang terjejas itu diserahkan kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.

Menurut Toqqi dalam satu sidang media di ibu negara berkata, sepatutnya bank tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa akaun mereka dibekukan atas sebab kecuaian atau lain-lain alasan.

Tambah beliau, bank berkenaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu bertanggungjawab dan tampil membuat penjelasan kerana isu ini mengganggu ribuan rakyat Malaysia.

“Mereka harus bertanggungjawab, dan tidak boleh diam mengenai isu ini,” katanya.

Sementara itu, wakil pengadu yang menghantar memorandum kepada PPIM, Mohd Aimullah berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengumpul hampir 3,000 butiran mangsa dengan kerugian sekitar 220 juta ringgit dan berharap PPIM dapat mencari jalan penyelesaian dengan segera supaya tidak membebankan mangsa.

“Saya berharap PPIM dapat berunding secara baik antara BNM dan CIMB bank untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera, kerana masih terdapat puluh ribuan orang terjejas yang belum dapat jawapan,” katanya.

Terdahulu, sebahagian pelanggan CIMB dikejutkan dengan pembekuan akaun secara tiba-tiba serta dicaj dengan amaun yang tidak munasabah.

Artikel oleh: Berita 757

CIMB DAN BNM HARUS BERTANGGUNGJAWAB

https://www.facebook.com/berita757/posts/272478568347025