Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Datang sebagai pengadu, keluar terus jadi Sukarelawan! Aura PPIM, MashaAllah.
17 Dec 2019

Satu tahun terjerat Ahlong dengan pinjaman asal hanya RM15,000, kini mangsa terpanggil untuk menjadi salah seorang sukarelawan PPIM. Ia sebagai tanda membalas budi baik aktivis PPIM yang telah membantu menyelesaikan hutang tuntutan Ahlongnya.

“Saya memang berminat dengan cara PPIM. Kalau PPIM perlukan kerjasama, saya sanggup jadi ahli sukarelawan. Jadi saya mahu kenal PPIM dengan cara yang lebih dekat”

“Saya nak beri kefahaman kepada masyarakat supaya lain kali jangan pinjam dengan Ahlong ni. Sebab ramai lagi orang kat luar sana yang terjebak dengan kes ni. Mungkin yang tak berani nak berdepan dengan kita, mungkin yang tak berani nak bersuara. Kawan-kawan saya pun ramai yang cadangkan PPIM kepada saya,” ujar mangsa yang berusia kira-kira lingkungan 50-an.

Penindasan dan ugutan yang diterima mangsa turut dikongsikan kepada PPIM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di luar untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan pinjaman wang.

“Mula Ahlong cakap “you boleh dapat duit”, saya pun rasa teruja lah. Masa bagi pinjam tu semua memang manis tapi bila kutip tu macam penyamun”

“Saya cakap dengan dia (Ahlong), saya pinjam saya bayar, tapi cara you mesti mau hormat orang dulu. You cakap dengan orang you tak hormat, you ingat saya apa? You cakap dalam telefon saja, you datang jumpa saya!” kata mangsa.

Kesedaran seperti ini perlu diterapkan supaya boleh membuka mata masyarakat untuk tidak terjebak dengan isu-isu berkaitan Ahlong.

Anda ingin turut bersama dalam perjuangan PPIM? Bantulah kami untuk mendidik dan membantu mereka yang teraniaya dengan berkongsi pengalaman anda pada ruangan komen di bawah. Untuk membantu perjuangan kami – https://sumbangan.ppim.org.my/.