Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TENGKU HASANAL TAMAT KURSUS KETENTERAAN BAKAL BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
17 Dec 2019

Ucapan tahniah diucapkan di atas pencapaian Tengku Hasanal yang telah menamatkan latihan ketenteraan beliau di Royal Military Sandhurst (England) pada 13 Disember lalu.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana anakanada beliau telah berjaya melepasi kursus ketenteraan di UK dan kita harap kepakaran yang baginda perolehi dapat digunakan dalam membantu usaha beliau membantu masyarakat kita serta memberikan yang terbaik kepada masyarakat kita pada hari ini.”-Toqqi

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan turut mendoakan kejayaan yang terbaik bagi keluarga diraja ini.

Menurut Tunku Azizah, anakandanya Tengku Hasanal akan berkhidmat di Rejiman Askar Melayu Diraja (RAMD) Batallion 12 di Kuantan, Pahang setelah pulang ke tanah air.

(Sumber: Mstar)

#Negaraku #patriotik #Malaysiaku #PPIM #SekalungTahniah #viral #PPIMprihatin #JunjungTuanku